#PeLaNGi

PeLaNGi PeMiLy

PeLaNGi

My photo
ingin menjadi anak melayu yang memperjuangkan perjuangan melayu dengan memantapkan ilmu di dada..

PeLaNGi SuPPoRTeR

++PaReNz++

++PaReNz++

++Me++

++Me++

WiTH My CaYaNG

WiTH My CaYaNG
bestfren 4ever n ever~

++aBG SeNGeT++

++aBG SeNGeT++

++BaTCH 22++

++BaTCH 22++

++aLoNG++

++aLoNG++

++aNGaH++

++aNGaH++

++aDiK++

++aDiK++

++iRFaN++

++iRFaN++

++aDiB+TWiNS+KaK iPa++

++aDiB+TWiNS+KaK iPa++

++aSRi++

++aSRi++

Monday, August 30, 2010

MERDEKA


Malam ini..

Laungan MERDEKA pastinya terdengar di mana-mana..

Tanggal 31 Ogos yang penuh sejarah..

Bagi setiap darah yang mengalir dalam diri anak Malaysia..


Namun..

Apa yang bermain-main di benakku..

Saban kali terdengar laungan itu..

"Merdekakah kita?"


Di hadapanku..

Ku lihat anak-anak muda mengibar bendera..

Berkonvoi beramai-ramai..

Cukup hebat mempamerkan aksi-aksi "rempit kelas satu"..


Di sisiku..

Ku lihat muda-mudi begitu berkobar-kobar..

Ingin menyambut merdeka di dataran..

Berpelukan erat dengan pakai yang tak cukup kainnya..


Langkahku terhenti..

Minda kembali berfikir..

Persoalan lain mula timbul..

"Apakah erti merdeka pada mereka?"


Adakah merdeka ertinya mengibar bendera sepuas-puasnya?

Adakah merdeka ertinya melihat percikan bunga api?


Bagaimana mereka begitu beria-ia menyambut merdeka..

Sedangkan diri mereka terang-terang masih dijajah?


Sampai bila akan terus begini..

Anak MELAYU begitu menanti-nantikan 31 Ogos..

Bukan kerana maksud sebenar MERDEKA..

Tapi kerana untuk bersuka-ria di malamnya..



Ingatlah.. Renunglah..

Beratus tahun kita dijajah..

Beratus tahun maruah kita dipijak-pijak..

Derita sengsaranya di waktu itu tidak tertanggung..

Janganlah kita ANAK MELAYU kini..

Begitu selesa hidup di negara merdeka ini..

Sehingga leka lantas tak mampu pertahankannya..


Begitu payah untuk mendapatkannya..

Janganlah terleka dalam mempertahankannya..


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Laungkanlah dengan mengingati sejarah betapa payah mendapatkannya..

Bersamalah kita ANAK MELAYU mempertahankannya.

Thursday, August 26, 2010

TiDaK aDa LaGi PeRCaYa


Dengarkanlah kata hatiku
Hati yang dulunya selembut jeli
Kini sudah menjadi sekeras batu
Tentu sekali tidak sebeku ais
Yang akan cair bila tiba waktunya

Dulu entah mengapa
Begitu mudah menaruh percaya
Namun kini tidak mungkin lagi

Ku tak hairan jika rupamu sungguh rupawan
Ku tak peduli jika poketmu penuh wang
Ku tak kisah jika perimu sungguh pekerti
Kerna itu hanya topengmu

Tidak ada lagi percaya
Pada dusta nestapa

Hatiku kini bukan selembut jeli
Mahupun sebeku ais
Tapi sekeras batu

Monday, August 02, 2010

SeCaLiT SeNYuMaN


Bayu lembut menghembus perlahan tubuhku..
dikala hati ini menanggung sengsara..
lantas penaku bagaikan meronta..
bagi meluah segala..

Betapa hidup penuh dugaan..
menjelma pelbagai rupa..
Betapa bumi penuh manusia..
punya hasrat tersendiri..

Dugaan demi dugaan..
bagaikan berkejar menimpa..
insan-insan di sekeliling..
bagaikan berlumba menguji..

Secalit senyuman tetap utuh terpancar..
bahkan gelak tawa, gurau senda tetap menyeri..

Hakikatnya..
hati kecil berkecamuk..
sedih, hampa, kecewa..
dipendam rapi sekali..

Betapa..
hati ingin memberontak..
namun segaris senyuman ditadahkan..

Entah bila kan berakhir semua..
garis-garis senyuman penuh kepuraan..

Sunday, June 27, 2010

MaSa TiDaK aKaN BeRuLaNG


Kepada insan yang bernama lelaki..
yang pernah hadir dalam hidupku..
dan bertakhta di hatiku suatu masa dulu..

Tidak ku nafikan..
kau satunya yang memberi kesan..
yang sangat mendalam dalam hidupku..
hubungan yang telah lama terbina..
dan disokong semua pihak..

Namun disebabkan kepercayaanku padamu..
diragut oleh kesilapan kecilmu itu.
segalanya berakhir..
puas sudah aku berendam air mata..
namun semuanya sudah tiada..

Apakan daya..
aku tidak dapat menerimamu lagi..

Satu ku pinta..
tolong berhenti berharap..
hentikan duniamu yang mengharapkan diriku kembali..
kerna aku tidak akan pernah kembali..
jangan menyiksa dirimu lagi..
masih ramai yang menantimu..
Masa yang berlalu tidak akan pernah berulang..

Wednesday, June 23, 2010

KeBeNaRaN YaNG PaHiT


Kepala batu..
sering sungguh aku digelar begitu..
ya.. degil sungguh hati ini..
cukup gemar menafikan hakikat..
cukup sukar menelan kebenaran..
cukup utuh dengan pendirian yang 'palsu'..

Berkali aku dimarahi..
dek kebodohan sendiri..
namun aku masih kekal begitu..
sehingga tiada yang mahu menasihati..

Hari-hari yang mendatang..
dibanjiri kebenaran-kebenaran yg begitu pahit..
namun puas ku cuba untuk menangkis..
lantas menutup dengan sangkaan baik..

Pertahanan yang ku bina juga ada tahapnya..
kini kubu ku tidak mampu bertahan lagi..
Hakikat yg begitu nyata meranap-ranapkan kubu ku..
yang selama ini begitu utuh ku pertahankan..
walaupun dalamnya begitu tersiksa..

Mungkin..
aku tak mampu lagi untuk bertahan..
menangkis segala kebenaran yang amat nyata..

Mungkin..
tiba masanya untuk aku berhenti dari semua ini..
berlalu pergi tanpa meninggalkan secebis kisah..

Persoalannya..
mampukah aku?

My CaYaNG - SiTi NaZRiN BiNTi aZMaN


Termenung aku jauh di sudut itu..
di sebuah bilik usang yg masih sama..
di mana aku dan sahabatku mencari ilmu..

Terbayang aku..
'markas' kami di sudut paling belakang..
agar mudah kami bermain-main..
gelak tawa saban masa..
begitu indah ku rasa..

Masih ku ingat saat itu..
diri ini begitu lemah mempelajari bahasa penjajah..
dan si dia begitu bijak dalam hal itu..
dia pula lemah mengira..
dan aku lebih mahir..
aku dan dia saling melengkapi..
membuat semua menjadi begitu mudah..

Bila saat kami terpaksa berpisah..
bagi mengejar cita masing-masing..
aku mula merasa serba kekurangan..
kerna dia adalah pelengkapku..
diri ini mula lemah..

Namun kami teruskan jua perjuangan kami..
dan kini..
aku bangga melihat dia telah berjaya..
sehingga saat ini..
hampir 9 tahun ikatan kami..
syukur kami masih mesra sepeti dulu..
aku sungguh menyayangi dia..
pelengkapku..
my cayang..
love u!!!
(n_n)

Thursday, June 10, 2010

CaRi PaCaR LaGi - ST12


Cintaku cintaku padamu
Tak besar seperti dulu
Pernah kau begitu menilai cintaku
Begitu rendah di matamu

Sayangku sayangku padamu
Tak indah seperti dulu
Maumu begini maumu begitu
Tak pernah engkau hargai aku

Oo ooh i am sorry
Ku tak akan love U lagi

Ku peluk memeluk dirimu
Tak hangat seperti dulu
Ku jadi selingkuh karna kau selingkuh
Biar sama-sama kita selingkuh

Oo ooh i am sorry
Ku tak akan love you lagi

Biar ku putuskan saja
Ku tak mau hatiku terluka
Lebih baik ku cukupkan saja
Ku tak mau batinku tersiksa

Jangan kau slalu merasa
Wanita bukan dirimu saja
Lebih baik ku putuskan saja
Cari pacar lagi

Cari pacar lagi
Cari pacar lagi
 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©