Bayu lembut menghembus perlahan tubuhku..
dikala hati ini menanggung sengsara..
lantas penaku bagaikan meronta..
bagi meluah segala..
Betapa hidup penuh dugaan..
menjelma pelbagai rupa..
Betapa bumi penuh manusia..
punya hasrat tersendiri..
Dugaan demi dugaan..
bagaikan berkejar menimpa..
insan-insan di sekeliling..
bagaikan berlumba menguji..
Secalit senyuman tetap utuh terpancar..
bahkan gelak tawa, gurau senda tetap menyeri..
Hakikatnya..
hati kecil berkecamuk..
sedih, hampa, kecewa..
dipendam rapi sekali..
Betapa..
hati ingin memberontak..
namun segaris senyuman ditadahkan..
Entah bila kan berakhir semua..
garis-garis senyuman penuh kepuraan..
No comments:
Post a Comment