Kepala batu..
sering sungguh aku digelar begitu..
ya.. degil sungguh hati ini..
cukup gemar menafikan hakikat..
cukup sukar menelan kebenaran..
cukup utuh dengan pendirian yang 'palsu'..
Berkali aku dimarahi..
dek kebodohan sendiri..
namun aku masih kekal begitu..
sehingga tiada yang mahu menasihati..
Hari-hari yang mendatang..
dibanjiri kebenaran-kebenaran yg begitu pahit..
namun puas ku cuba untuk menangkis..
lantas menutup dengan sangkaan baik..
Pertahanan yang ku bina juga ada tahapnya..
kini kubu ku tidak mampu bertahan lagi..
Hakikat yg begitu nyata meranap-ranapkan kubu ku..
yang selama ini begitu utuh ku pertahankan..
walaupun dalamnya begitu tersiksa..
Mungkin..
aku tak mampu lagi untuk bertahan..
menangkis segala kebenaran yang amat nyata..
Mungkin..
tiba masanya untuk aku berhenti dari semua ini..
berlalu pergi tanpa meninggalkan secebis kisah..
Persoalannya..
mampukah aku?
No comments:
Post a Comment