Malam ini..
Laungan MERDEKA pastinya terdengar di mana-mana..
Tanggal 31 Ogos yang penuh sejarah..
Bagi setiap darah yang mengalir dalam diri anak Malaysia..
Namun..
Apa yang bermain-main di benakku..
Saban kali terdengar laungan itu..
"Merdekakah kita?"
Di hadapanku..
Ku lihat anak-anak muda mengibar bendera..
Berkonvoi beramai-ramai..
Cukup hebat mempamerkan aksi-aksi "rempit kelas satu"..
Di sisiku..
Ku lihat muda-mudi begitu berkobar-kobar..
Ingin menyambut merdeka di dataran..
Berpelukan erat dengan pakai yang tak cukup kainnya..
Langkahku terhenti..
Minda kembali berfikir..
Persoalan lain mula timbul..
"Apakah erti merdeka pada mereka?"
Adakah merdeka ertinya mengibar bendera sepuas-puasnya?
Adakah merdeka ertinya melihat percikan bunga api?
Bagaimana mereka begitu beria-ia menyambut merdeka..
Sedangkan diri mereka terang-terang masih dijajah?
Sampai bila akan terus begini..
Anak MELAYU begitu menanti-nantikan 31 Ogos..
Bukan kerana maksud sebenar MERDEKA..
Tapi kerana untuk bersuka-ria di malamnya..
Ingatlah.. Renunglah..
Beratus tahun kita dijajah..
Beratus tahun maruah kita dipijak-pijak..
Derita sengsaranya di waktu itu tidak tertanggung..
Janganlah kita ANAK MELAYU kini..
Begitu selesa hidup di negara merdeka ini..
Sehingga leka lantas tak mampu pertahankannya..
Begitu payah untuk mendapatkannya..
Janganlah terleka dalam mempertahankannya..
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Laungkanlah dengan mengingati sejarah betapa payah mendapatkannya..